REFLEKSI DIRI
Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus subjek KQK 1051 ini dengan jayanya. Terlebih dahulu saya ingin menguncapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang membimbing saya dalam subjek ini iaitu Sir Muhammad Fayyadh Bin Mohd Azmi kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberi tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan .Saya juga ingin berterima kasih kerana rakan - rakan yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini . Rakan - rakan sekelas saya juga telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang semesta ini . Saya mendapat banyak maklumat apabila mendengar pembentangan yang disampaikan oleh mereka berdasarkan tajuk yang telah diberi . Bagi tugasan individu yang saya pilih bagi subjek KQK ini ialah latihan bebanan . Bagi saya ia menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan untuk mengekalkan kesihatan badan. Setelah mendapat tajuk ini, saya banyak mencari maklumat dan dapat me...